Nuffnang Ad

Tuesday 21 September 2010

Kempen perkasakan Rukun Negara dilancar Oktober

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan melancarkan kempen memperkasakan Rukun Negara yang menjadi falsafah utama bagi membina sahsiah rakyat, bermula bulan depan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penghayatan serta pemahaman terhadap erti sebenar Rukun Negara yang dilihat semakin terhakis dalam kalangan rakyat.
"Kita merasakan pemahaman dan penghayatan Rukun Negara harus dijadikan elemen integral yang nyata serta perlu difahami setiap ahli masyarakat.
"Maka, untuk itu kementerian bercadang melaksanakan kempen yang lebih meluas dan berkesan, selari dengan gagasan 1Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.
Rais berkata, pihaknya mendapati rakyat sememangnya mengetahui dan menerima konsep Rukun Negara, namun golongan generasi baru sekarang yang dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun kurang menghayati erti sebenar falsafah negara itu.
"Jadi kita perlu cerita semula apa asas dan ertinya agar setiap baris Rukun Negara difahami dalam konteks kaum, agama serta bidang masing-masing," katanya.
Beliau berkata, setiap jabatan dan agensi di bawah kementerian itu akan ditugaskan melaksanakan kempen berkenaan dan diteruskan sehingga masyarakat benar-benar mengerti serta memahami falsafah Rukun Negara.
Katanya, beliau yakin usaha itu akan mampu mengembalikan Rukun Negara sebagai intipati kenegaraan yang terpenting dalam setiap jiwa masyarakat Malaysia.
"Sambutan kepada Gagasan 1Malaysia juga diyakini akan lebih tegap dan berasas, berdasarkan falsafah Rukun Negara kita," katanya.
Beliau berkata, selain siri-siri penerangan, kempen Rukun Negara itu juga akan dimasukkan ke dalam program berbentuk hiburan, pelajaran, dokumentari dan ceramah oleh pihak kementerian dan rangkaian lain serta boleh disertai oleh masyarakat.
Terdahulu dalam ucapannya, Rais berkata, semua pihak perlu memperhalusi sejarah kewujudan Rukun Negara yang dirangka selepas Tragedi 13 Mei 1969.
Beliau menegaskan, rakyat perlu jelas bahawa dengan adanya Rukun Negara, maka masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga ke tahap hari ini.
"Ini kerana tidak ada falsafah lain lagi yang boleh menyerlahkan kesejagatan kita di negara ini selain Rukun Negara. Oleh itu, amat penting untuk kita menilai semula falsafah itu demi kebaikan kita semua," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Ini satu rancangan untuk menyesatkan lagi 1malaysia .
Dulu terap nilai-nilai islam
Lepas itu islam hadari
Kini suruh menghayati rukun negara pula .
Dia tak tahukah rukun negara pertama itu " Kepercayaan Kepada Tuhan "
Percaya kepada Tuhan itu bukan sekadar percaya didalam hati sahaja .
Percaya kepada Tuhan itu bermakna melaksanakan semua suruhan Allah , bukan

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?