Nuffnang Ad

Saturday 25 September 2010

Umat Islam jangan dikuasai idea, fahaman Barat - utusan

PUTRAJAYA 24 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru umat Islam agar tidak lagi diperhamba atau dikuasai oleh idea dan fahaman Barat dalam memakmurkan dunia ini.
Menurutnya, umat Islam seharusnya bersifat merdeka dan berupaya menjana ilmu serta teknologi dan penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang melanda manusia.
"Umat Islam perlu bertukar daripada hanya sebagai pengguna ilmu dan idea sedia ada kepada pemberi, peneroka atau penyumbang yang boleh dijadikan penyelesaian alternatif berinspirasikan keagungan agama Islam.

1 comment:

  1. Penyokong akan berkata Dr. M itu lah sebenar pejuang agama manakala pembangkang pula akan berkata Dr. M hanya mencari pengaruh . Dalam kedua dua andaian ini sebenarnya siapakah yang benar ?

    Assyahid syed qutb dalam Kitab Petunjuk Sepanjang Jalan berkata : Manusia dihari ini sudah hilang nilai . Ia sudah lagi tidak faham yang mana satu betul dan yang mana satu salah .

    Ada orang kata Dr. M itu benar dan akan ada orang kata Dr. M itu salah . Sebenarnya siapa yang betul betul salah ?

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?