Nuffnang Ad

Tuesday 21 September 2010

Teruja beraya di Malaysia


BUKIT MERTAJAM 20 Sept. – Olivier Vacherand, 38, bercadang pulang awal ke Switzerland selepas menghabiskan percutian hampir seminggu di Malaysia, tetapi sebaik sahaja menerima pelawaan rakan untuk berhari raya di Kampung Mengkuang Titi di sini, hasrat itu ditangguhkan.
Pada awalnya, Olivier yang juga seorang wartawan majalah tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa kerana hampir setiap tahun merasai sambutan Aidilfitri di negaranya walaupun jumlah penduduk Islam di negara itu hanya kira-kira 10 peratus.
Bagaimanapun, sebaik tiba di Mengkuang Titi yang menjadi antara inap desa terkemuka di negara ini, Olivier benar-benar teruja melihat kemeriahan luar biasa sambutan hari raya di negara ini yang disifatkannya cukup istimewa.
‘‘Di negara saya terdapat penganut Islam bekerja pada hari raya dan hanya ada majlis-majlis keraian pada sebelah petang dan malam. Begitu juga keadaannya di negara-negara lain yang pernah saya kunjungi.
Itu  dia baru tengok sikit saja akhlak islam yang dilakukan . Kalau dia tengok semua amal islami saya yakin dia sendiri pun ingin nak jadi orang islam juga . Kalau lah dia tahu yang kita sesama islam bercakaran , tentu dia akan terkejut pula . Kerana lihat pada lahiriahnya cukup mesra .
‘‘Tetapi keadaan sangat jauh berbeza di sini, semua orang berkumpul dan meraikannya bersama-sama dengan pakaian yang cantik-cantik manakala makanan yang disediakan juga sangat istimewa,” katanya.
Olivier adalah antara 12 pelancong asing yang berpeluang menyertai program inap desa selama dua hari sejak Sabtu lalu di perkampungan tersebut untuk merasai sendiri keunikan dan kemeriahan sambutan hari raya di Malaysia.
Kita perlu menghayati islam sepenuhnya bukan sekadar untuk menarik mereka datang  melancung kenegara kita sahaja , tetapi agar menarik dan mengajak mereka untuk menganut ajaran islam . Kalau setakat untuk datang sebagai pelancung sahaja .......... alangkah kerdilnya  tujuan dan matlamat kita . Hanya berdasarkan duniawi semata -mata .

Olivier yang bertugas untuk majalah Banqeu & Finance di Switzerland memberitahu, pengalaman menetap di rumah penduduk kampung tersebut dan merasai kemeriahan hari raya memberi kefahaman lebih jelas mengenai pengertian sambutan perayaan berkenaan.

‘‘Saya memahami bagaimana umat Islam termasuk di negara saya berpuasa pada bulan Ramadan tetapi cara orang Islam meraikan hari raya di Malaysia memberikan perspektif berbeza dan pastinya ia adalah pengalaman yang mengujakan,” tambahnya yang menggemari lemang dan sate.
Pengalaman manis itu turut dikongsi, Nadja Simmen, 27, yang mengakui kemeriahan sambutan Aidilfitri di kampung tersebut membuatnya ingin kembali meraikan perayaan itu di sini suatu hari nanti.
Nadja yang juga seorang jurugambar memberitahu, dia sempat merakamkan keunikan budaya dan semangat bergotong-royong yang diamalkan penduduk negara ini dalam menyambut hari raya.
‘‘Mereka bersalaman sebagai tanda meminta maaf dan bersama-sama menyediakan hidangan di majlis ini. Semua ini benar-benar menjadikan sambutan hari raya di sini begitu istimewa dan rakan-rakan saya yang lain turut berkongsi pandangan yang sama,” katanya.
Bahasa islam bukan bahasa cakap - cakap tetapi adalah bahasa amal . Kita lihat kenyataan beliau , dia berkata 
" Saya memahami bagaimana umat Islam termasuk di negara................. saya melihat mereka bersalam salaman " . Ini adalah bahasa lihat . Tetapi alangkah leceh dan malunya kita jika ia tinggal lebih lama lagi melihat masyarakat kita perpecah belah dan rioh rendah bercakaran sesama sendiri .
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Homestay Pulau Pinang, Rohaizat Othman berkata, 12 pengamal media dari Switzerland dibawa khas ke kampung itu bagi merasai pengalaman tinggal di kawasan kampung selama sehari semalam selain menyelami cara hidup masyarakat Islam di negara ini.
‘‘Walaupun mereka bukan beragama Islam, tetapi ternyata mereka begitu seronok dengan kehidupan masyarakat kampung di sini, lebih-lebih lagi apabila pelbagai makanan dan juadah disediakan sempena Aidilfitri,” katanya.
Kepada Pengerusi Persatuan Homestay Pulau Pinang, Rohaizat Othman kita amat berharap , amalan diteruskan bukan sekadar kepada pelancung luar sahaja tetapi kepada pelancung tempatan pun patut diberi pendedahan akan keseronokan beramal dengan amal islami sehingga kalau boleh kita sesama kita hayati akan akhlak ini diseluruh negara .Ini adalah satu penilaian yang positif . Kita patut bersyukur diatas peristiwa ini dan meningkatkan lagi akan amalan didalam kehidupan seharian masyarakat kita  . Itulah buktinya amalan islam itu boleh diterima oleh sesiapa sahaja kecuali orang munafik dan berkepentingan duniawi .
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_05.htm

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?