Nuffnang Ad

Friday, 21 January 2011

Najib Dan Tuhan Hindu

Thaipusam disambut meriah

Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut agama Hindu semasa bulan penuh Tamil yang dipanggil Thai (berlaku dalam bulan Jan atau Feb).
Turut dikenali sebagai Thaipooyam atau Thaippooyam dalam bahasa Malayalam, perayaan ini bagi memperingati hari lahir Dewa Murugan iaitu anak bongsu lelaki Dewa Shiva dan Dewi Parvati.
Ia juga bagi memperingati peristiwa di mana Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya bagi menghapuskan kuasa jahat bernama Soorapadman.
Kejayaan Murugan dalam mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan orang ramai telah menjadi satu peristiwa untuk penganut agama Hindu merayakan Thaipusam.

Wahai Melayu , Pemimpin kamu sudah Gila

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat Malaysia telah mencapai tahap tertinggi dalam gagasan 1Malaysia apabila mampu meraikan kepelbagaian budaya di negara ini.
Menurut Perdana Menteri, sifat itu juga harus dijadikan satu kelebihan dan kekuatan untuk mereka menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan berjaya.
"Jika kita dapat meraikan kepelbagaian, kita mencapai kemuncak dalam soal menerima kepelbagaian sebagai satu sumber kekuatan bagi negara kita," katanya ketika menyaksikan sambutan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini. click

Toleransi Islam Kepada Non Islam bukan calang - calang

Islam lebih awal bertoleransi dengan agama lain didalam bidang muamalah dan sebagainya kecuali didalam hal pengabdian .
Kalimah " Lakum deenukum wali yadeen "  sudah di azankan oleh para nabi - nabi sejak Adam dicipta . Kita tidak perlu mencipta satu kaedah baru didalam hal ini . Sekiranya kita menghayati seerah dizaman Generasi Para Sahabat Rasullullah saw. Kita akan lihat sikap toleransi  mereka dengan penganut agama lain bukan calang - calang . Mereka mengamalkan sikap toleransi sehingga mereka yang tidak menerima islam boleh beraleh kepada islam . 

Hormati perbezaan agama - TPM . Ini adalah merupakan satu seruan kerdil dan lekeh pemimpin melayu kepada rakyat melayu nya . click .


Thursday, 20 January 2011

Sedikit Cerita Pasal Anuar - Harussani Zakaria

Selepas berlangsungnya perkahwinan itu Harussani pernah bertanyakan kepada Anwar mengenai tahap penerimaan bapa Wan Azizah.

''Pada masa itu Anwar sudah menjadi timbalan menteri. Beliau kata pada saya sekarang ini bapa mertua sayanglah,''  

Seruan Pendakwah Utama 1 Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Jan.
 
Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat berbilang kaum di negara ini supaya terus menghargai kepelbagaian budaya serta kepercayaan di Malaysia.

"Kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama Hindu akan berada di Batu Caves dan kuil-kuil Hindu lain, (bagi) mengucapkan rasa syukur dan memenuhi nazar kepada tuhan Hindu, Murugan. 

Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat berbilang kaum di negara ini supaya terus menghargai kepelbagaian budaya serta kepercayaan di Malaysia.
Perdana Menteri menambah, beliau akan berkunjung ke Batu Caves di sini esok bagi menyaksikan fenomena budaya Thaipusam yang menakjubkan, sebelum ke kuil Subramania Swami Devastanam di Sungai Petani untuk bertemu dengan para penganut Hindu di Kedah. 

Perbezaan Akidah Ketuhanan lah Yang Memecahkan Ummah

Program Wakaf al-Quran Angkatan Tentera Malaysia berjaya kutip RM1.36 juta

''Program ini ditunjangi dengan niat yang ikhlas dan dipadukan dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh untuk mengajak umat Islam menjadi umat prihatin, bersatu, mendokong serta menyokong antara satu sama lain.
''Malah, ia juga merupakan satu usaha yang dapat mengembalikan kita kepada asas Islam dalam memberikan bantuan kepada saudara kita di seluruh dunia," katanya. 
Zahid

Monday, 27 December 2010

Lukisan : Kehidupan Masyarakat Islam Kini

Curang, SMS, jahil agama!

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Entah di mana silapnya, perceraian kini telah menjadi trend atau lumrah dalam perkahwinan di negara ini khususnya di kalangan pasangan Islam.
Bayangkan pada 2009 sahaja, secara purata setiap hari terdapat 75 pasangan Islam bercerai manakala keseluruhannya, 27,116 pasangan bercerai pada tahun berkenaan.
Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini mengenal pasti beberapa punca perceraian dengan sebahagiannya bercerai pada usia awal perkahwinan termasuk kurang daripada setahun. Antaranya adalah: utusan

Sunday, 26 December 2010

Islam Bukan Sekadar Untuk Di Hormati

Rais tegur artis berpakaian seksi
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.
Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.
Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

Kenyataan ini menunjukkan tahap kefahaman Islam sesetengah masyarakat kita masih berada ditahap tadika lagi . Penyeruan hanya sekadar untuk menghormati Islam dan bukan mengamalkan ajaran Islam . Kenyataan ini dibuat mungkin penyeru itu sendiri adalah bukan pengamal Islam tulin tetapi sekadar " Orang Yang Menghormati Islam " utusan 

Tuesday, 21 December 2010

Gila Angka Membawa Kesakitan

The Richest Royals in the World

Apalah ada pada Raja - Raja Melayu ?

 

Padah Malanggar Larangan Tuhan

Luna Maya tonton video seks di mahkamah

Khadam Kelas Pertama .

Anggota Majlis Agama Islam Melaka terima watikah pelantikan

Mereka - mereka  ini dilantik oleh tuan punya dusun sebagai pagar untuk  menjaga tanam - tanam mereka agar tidak dirosakkan binatang peliharaan mereka . Mereka dilantik untuk menasihati rakyat  dan bukanlah sebagai penasihat untuk instituisi dan diri mereka sendiri . Mereka ini adalah khadam - khadam yang berkedudukan tinggi disisi tuannya . Mereka - mereka ini sentiasa waspada dan  akan menasihat tuan mereka agar mengambil tindakan dan menghukum khadam - khadam  bawahan yang durhaka menyeleweng dari jalan yang diredzoi tuan mereka  . 

Ajaran Syiah tidak sesuai di Malaysia : Ini satu contoh kerja mereka menjaga tanaman tuan - tuannya . Macam - macam pandangan di keluarkan mengekalkan instituisi tuannya .

Mereka ini tak ubah seperti nelayan yang nampak bodong ikan didalam laut . Masing - masing nampak sibuk dengan tugas-tugasnya , ada yang menurunkan sauh , ada yang membuka pukat ada yang teriak sana sini memanggil awak-awak dengan satu sahaja tujuan iaitu   " Untuk Tangkap Ikan " .

 

Tuesday, 14 December 2010

Singapura Malaysia : Depan Lain Belakang Lain

Top Singapore officials trash the neighbours

Philip Dorling and Nick McKenzie
December 12, 2010
MALAYSIA'S ''dangerous'' decline is fuelled by incompetent politicians, Thailand is dogged by corruption and a ''very erratic'' crown prince, Japan is a ''big fat loser'' and India is ''stupid''.
So say some of Singapore's highest-ranking officials, according to leaked US State Department cables that are likely to spark intense political controversy in the region.
The cables, leaked exclusively to The Sunday Age by WikiLeaks, detail the content of separate meetings between senior US officials and Singapore's foreign affairs chiefs Peter Ho, Bilahari Kausikan and Tommy Koh. more

PAS Sudah Rasa Dirinya Lengkap Seperti Pimpinan Amirulmukminin

Tok Guru Haji Hadi pertahan kerjasama Pas, DAP berbeza

MERCHANG – Kerjasama antara Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan DAP adalah kerjasama tidak wala’, himayah, istianah dan tahaluf, berbeza dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN).
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO dalam BN bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam soal wala, dan ia menggadaikan maruah, harga diri serta prinsip Islam.
“Wala adalah istilah politik dalam kitab fiqah yang bermakna hubungan dengan orang bukan Islam sehingga kita (Islam) boleh menjual maruah dan harga diri kita. Macam dalam UMNO, hendak menang, sanggup beri kawasan Islam.
“Pas pula tetap dalam mempertahankan dasar-dasarnya dan teguh dalam pendiriannya walaupun bekerjasama dengan DAP,” katanya pada program gerak kerja pilihan raya Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di sini.
Dengan mengambil contoh kerjasama himayah pula seperti dilakukan Abu Talib (bukan Islam) menolong Rasulullah SAW atas dasar saudara, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan perbuatan seperti itu dibenarkan.
“Manakala istianah ialah khidmat bagi membantu Islam seperti dilakukan Abdullah Bin Uraiqit juga seorang bukan Islam dalam membantu nabi menunjukkan jalan semasa nabi hijrah, perbuatan itu juga turut dibenarkan,” katanya.
Abdul Hadi berkata, Allah melarang umat Islam berwala iaitu memberi kesetiaan sehingga sanggup menjual harga diri dan maruah kepada orang bukan Islam dan menyifatkan perkara seperti itu wujud dalam kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC.
Menurutnya, ia berbeza dalam kerjasama antara Pas dengan DAP kerana parti itu tidak akan berganjak daripada dasarnya kerana bekerjasama dengan DAP adalah kerjasama tahaluf.
“Selain itu, Pas juga tidak menolak pilihan raya bagi memilih kerajaan, selagi ada jalan mudah, kita pilih demokrasi. Ia membuktikan bukan semua dari Barat kita tolak kerana kita (Pas) juga memilih pilihan raya cara damai (demokrasi),” katanya. sumber asal

Pas Sibuk Hal Luaran Tetapi Mengabaikan Hal Dalaman

Teresa stands by her blouse

Rakan perjuangan Pas ialah DAP . Mereka berkata mereka sedang mendidik dan menjadikan rakan sekutu mereka menuju kearah keislaman . Dalam satu kenyataan di Parlimen speaker menegur tentang pakaiannya . Sepatutnya pemimpin pas yang dikatakan islamiklah yang patut menegur tetapi sebaliknya . Untuk melihat kenyataan dan kedangkalan tersebut lihatlah disini . link
Apakah pendapat orang semacam ini layak bersama dengan parti yang memperjuang kesucian . Paling kurang pas mestilah memberi masa kearah memperbaiki ahli - ahlinya dan rakan sekutu dahulu .

Monday, 13 December 2010

Menipu Akhirnya Memakan Diri

Anak jutawan skim cepat kaya jerut diri


2010/12/13

pix_gal0
NEW YORK: Mark Madoff (atas), anak sulung Benard Madoff, jutawan yang terbabit dengan skandal menipu pelabur menerusi skim Ponzi (skim cepat kaya) bernilai berbilion-bilion dolar dua tahun lalu, ditemui mati tergantung di pangsapurinya di New York pagi semalam, dipercayai membunuh diri, kata pegawai.

Jurucakap jabatan polis New York berkata, Mark, 46, ditemui bapa mentuanya tergantung di saluran paip siling pangsapurinya, manakala anak lelakinya berusia dua tahun, tidur di bilik bersebelahan.
Jiran berkumpul di luar kawasan pangsapuri beliau di Lower Manhattan ketika pihak berkuasa membawa mayatnya ke dalam van untuk dibedah siasat.bharian

Thursday, 9 December 2010

Meriam berbunyi di kiri tetapi tupai mati di sebelah kanan.

TERTANGKAPNYA SAEKOR TOYO

Umum tidak gempar apabila membaca berita Muhamad Khir Toyo seorang lelaki Jawa dari kampong Sungai Besar Selangor ditangkap. Akhbar dan media milik United Malays National Organisation meletakan gambar lelaki Jawa ini di muka hadapan seolah-olah ini satu berita paling hangat yang wajib di ikuti.

Rata-rata rakyat tidak ambil pot dan tidak mengindahkan berita ini. Beberapa bulan dahulu ada berita seorang jantan China bekas ketua sebuah pertubuhan China yang di tangkap. Berita jantan China ini agak gempar sedikit berbanding berita lelaki Jawa ini. Gempar ini mungkin kerana China ini adalah Apek tua yang telah pencen. Apek ini kelihatan sadikit uzur. Tukar Tiub

Berpeganglah Kamu Dengan Tali Allah

Yahudi / Nasrani / Islam

Untuk Maklumat : Klik Kanan

Nafsu yang tidak mampu dikawal membawa penyesalan

Cemburu dipercayai punca pembunuhan . um

Satu Pendapatan Lumayan

Polis Ipoh kutip saman RM1 juta

IPOH 8 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik Ipoh mengutip RM1 juta bayaran saman daripada pesalah trafik dalam tempoh enam hari sejak tawaran kadar sehingga 50 peratus diberikan berkuat kuasa 1 Disember lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sejak diumumkan kadar diskaun itu, semua balai polis dan Pejabat Pos di daerah Ipoh telah dibanjiri orang ramai yang mahu membayar saman.
Beliau berkata, purata kutipan di kawasan Ipoh ialah RM25,000 hingga RM35,000 sehari dan dengan kehadiran antara 100 dan 300 orang.
"Ada yang mempunyai 50 keping saman mengambil peluang menjelaskan saman trafik dengan diskaun 50 peratus ini," katanya. -BERNAMA